Saturday 25 February 2012

Toyol

Terdapat tips yang menyatakan sekiranya ingin mengelak TOYOL mencuri duit letakkan sejenis permainan (??? ada sesiapa yang tahu, mungkin sekali ketam), berhampiran dengan wang yang disimpan, toyol akan asyik bermain sehinggakan terlupa mengambil wang. kacang hijau yang diletakkan kedalam kantung juga dikatakan boleh melalaikan toyol. Selain itu, ikan puyu yang dipelihara di dalam akuarium mampu dapat melalaikan toyol dan toyol akan tidak akan berhasrat mengambil wang dari mangsanya. Toyol juga tidak akan mencuri keseluruhan jumlah wang, tetapi sekadar mengambil sebahagian daripada wang yang tersimpan. Mungkin Kerana kata orang tua-tua yang mengatakan bahawa "budak-budak jangan pegang duit banyak banyak". Jadi KJM nasihatkan duit banyak simpan dalam Bank..

Friday 24 February 2012

Cerita Seram Bukit Tempayan Pisang 1

Kisah yang bakal ku ceritakan ani masih menjadi tanda tanya dari dulu hingga sekarang kepada semua orang yang pernah mengalaminya, kepada penduduk kampong, mungkin jua kepada pembaca cerita ani dan kepada yang ingin mengetahui misteri tentang Bukit Tempayan Pisang…
Bukit ani terletak berdekatan dengan kampungku. Mungkin ada diantara pembaca tahu dimana letaknya bukit ani. Banyak sebenarnya perkara yang terjadi pasal Bukit Tempayan Pisang ani, tapi satu kejadian saja dulu ku ceritakan. 

Kejadian ani masih baru terjadi, kira-kira dalam bulan syawal tahun ani. Masa atu aku, bapa, mama dan abangku Andy(bns) baru saja selesai makan malam. Sudah abis bepanyap-panyap segala piring, cawan apa semua, duduk kami semula arah meja makan, abangku ani inda semana-mana bertanya arah bapaku. “Pa, arah bukit tempayan pisang atu ada istana kah?” nya abangku.
Bapa “Wallahuallam, inda ku berapa pasti tapi banyak pulang orang bercerita, ada yang pernah terliat jua,basar istana atu, kenapa kan kau betanya ani?”.
Andy “ Ada dua orang kawanku tampatku keraja pernah mencuba naik arah bukit atu kan cuba masuk kedalam istana a”.
Untuk pengetahuan, istana yang ku maksudkan ani bukanlah dari alam yang boleh dilihat dengan mata kasar. Hanya orang yang mempunyai ilmu kebatinan saja yang dapat melihatnya. 
Andy “ kawanku ani membagi tau dikawasan istana atu ada banyak pengawal yang menjaga istana atu. Pengawal atu mukanya garang, badannya buntak-buntak pulang tapi bemuscle” 
Andy “ iatah kawanku dua orang ani minta izin kan memasuki istana atu, tapi kana larang oleh pengawal ani, macam-macam cara sudah durang kan memasuki istana atu tapi kana larang, kana tulak, kana terajang uleh pengawal apa masih jua durang inda kana benarkan masuk. Tujuan kawanku ani sebenarnya kan mau tahu apa sebenarnya ada di dalam istana atu”
Mama “ Eh berani jua ya naik kesana, start dari awal orang pindah ke kampong ani macam-macam yang tejadi ada yang teliat kapal basar, ada yang teliat 7orang puteri, ada yang tejumpa keris, cucuk sanggul lama banyak lagi lah sampai esuk pun inda abis becerita”.
(Rumah-rumah di kampong ani sebenarnya bukanlah rumah lama banar pasalnya kampong ani jenis perumahan ganya sekarang ani kampong ani inda lagi nampak usul perumahan disebabkan oleh pokok yang sudah basar dan kebanyakan rumah disini sudah bertambah). Bebalik semula pasal abangku yang bercerita ani aku masa atu mendangar ganya ia becerita sama bapa mama. Inda semana-mana kami rasa bulu roma ani naik sendirinya masa atu, inda tau pasal apa. Kata orang kalau naik bulu roma ada tah tu ya ampir dengan kitani. Beranti tah kami bercerita pasal istana yang ada di Bukit Tempayan Pisang atu.
Kira-kira hampir tengah malam abangku ani besigup tia seorangnya di beranda depan rumah. Aku masih meliat tv masa atu. Semasa abangku ani besigup diluar di liatnya bulan ani panuh, apa kata orang ‘bulan mengembang’, naik tah lagi sekali bulu romanya ani, lain udah rasanya branti tah ya besigup, masuk tia kedalam.

Sudah atu esok harinya mama ani menghadiri majlis perkahwinan di kampong ani, walaupun masa atu masih lagi bulan syawal, ada sudah orang mengadakan majlis perkahwinan. Banyak lah jua orang kampong ani kana jemput ke majlis atu, mama pun duduk bersebelahan dengan salah seorang penduduk kampong ani, andang mama ani biasa jua dengan yang duduk disebelahnya ani namanya Timah(bns). Si Timah ani boleh dikatakan mudah nampak makhluk yang ketani inda nampak secara kasar dan kedia jua boleh berkomunikasi dengan makhluk tersebut. Becerita tah si Timah ani arah mama, “ Dimalam bah anakku dua orang kesarungan. Sorang anakku yang bini-bini, sorang lagi anakku laki-laki yang bungsu kana sarungi. Masa anakku yang bini-bini ani kesarungan, anakku ani menari tia pulang, menari gaya tarian urang lama, tarian tradisi. Anakku yang laki-laki besilat.”
Mama “ Adyh mengapa tia kesarungan kedua-dua atu?”
Timah “ Dimalam orang di bukit atu turun ya keluar mencari orang, ada dicarinya”.
Mama “ Siapa yang turun? Siapa dicarinya?”
Timah “Yang orang di bukit atu turun dimalam, durang ada tedangar ada dua orang kan cuba memasuki istana atu, marah bisdurang. Iatah banyak pengawal turun mencari sekeliling kampong ani. Badan pengawal atu buntak-buntak ya”.
BOWH!!!
Mama “sekali apatah anakmu?”
Timah “ anak ku yang bini-bini atu kana sarungi uleh puteri bungsu. Di bukit atu ada istana sebenarnya, ada tujuh orang puteri di atas atu tapi yang menyarungi ani puteri yang bungsu. Masa ani pulih ya sudah kana tawari dah dimalam yang laki-laki pun jua pulih sudah”
BOWH!!! Yang menjadi pertanyaan arah kami sekeluarga, macam mana cerita ani buleh sama? Apa yang kami bualkan malam atu ngam dan ada kaitan dengan kejadian yang diceritakan oleh si Timah arah mamaku. Kenapa bulu roma kami tiba-tiba naik masa kami berbual malam atu? Semasa abangku besigup diluar,mangapa ia merasakan sesuatu yang aneh? Adakah ianya benar wujud? Dan kenapa abangku tegarak hatinya membongkar topic perbualan pasal istana yang ada di Bukit Tempayan Pisang atu? Wallahuallam.

Thursday 23 February 2012

5 Sebab Kenapa Anda Tidak Bermotivasi Walau Sudah Berkali-kali Membaca Artikel Motivasi

Anda sudah berkali-kali membaca artikel motivasi tapi masih tidak ada apa-apa kesan pada diri Anda. Anda tak rasa apa-apa. Anda tidak terinspirasi pun. Anda tidak ada motivasi. Anda rasa macam Anda buang masa.
Kenapa semua tu terjadi?
1. Sebab Anda NEGATIF orangnya.
Anda tidak bermotivasi walau sudah berkali-kali membaca artikel motivasi sebab Anda negatif. Anda bukan orang berfikiran positif. Anda bukan mencari inspirasi, tetapi mencari salah yang terdapat dalam artikel motivasi yang Anda baca.
2. Sebab Anda MENYAMPAH melihat orang lain.
Orang yang tidak memaafkan orang lain dan tidak pernah wujud rasa kagum pada pencapaian tinggi orang lain seringkali akan rasa menyampah tiap kali terpandang sesiapun jua di sekelilingnya.
3. Dalam hati Anda ada dendam terpendam.
Anda memendam rasa tidak puas hati. Anda tidak memaafkan orang yang berbuat salah pada Anda. Anda mahu orang tu melutut di hadapan Anda. Anda tak puas hati selagi dia tidak meminta maaf pada Anda. Marah yang terpendam berubah menjadi dendam seiring dengan berubahnya perjalanan masa. Bila sudah ada dendam terpendam, Anda susah untuk merasa bermotivasi.
4. Anda selalu memaki-maki dan Anda selalu mengucap perkataan buruk.
Bila bergurau, Anda selalu menggunakan perkataan-perkataan yang kurang baik seperti ‘sial’, ‘babi’ atau ‘kepala hotak’. Walaupun Anda sudah biasa melontarkan perkataan sedemikian dan Anda sudah terbiasa melakukannya, ketahuilah kesannya pada diri Anda amat buruk sekali. Anda susah untuk merasa bermotivasi bahkan cepat merasa tertekan.
5. Anda tidak respek orang lain, bahkan selalu mempersenda dan merendah-rendah.
Hati Anda melambangkan sikap Anda. Sikap Anda melambangkan cemana rupanya hati Anda. Hati orang bermotivasi adalah hati yang selalu menunduk. Semakin berisi, semakin menunjuk, ibarat padi. Anda tidak bermotivasi kerana Anda tidak respek pada orang lain (walau siapapun dia), Anda tidak kagum pada orang lain (walau apa jua pencapaiannya), Anda merendah-rendahkan orang dan mempersenda kekurangan orang lain. Anda merasa ia cuma gurauan, tapi sebenarnya sikap sedemikian melatih Anda menjadi insan negatif.
Dari segi logik akal, jika Anda orang yang tercari-cari inspirasi lalu terdorong untuk membaca artikel motivasi, biasanya Anda akan merasa bersemangat selepas selesai membaca artikel motivasi tersebut.
Tetapi, jika Anda sedang mencari-cari inspirasi tetapi Anda tidak merasa bersemangat, Anda sesuatu yang tak kena pada hati Anda.
Mungkin, hati Anda ada kekotoran tersembunyi.
Mungkin, matlamat kejayaan Anda kabur.
Mungkin, Anda tidak tahu kejayaan cemana yang Anda mahu capai dalam hidup.