Thursday 1 March 2012

Misteri Bukit Tempayan Pisang final part

Si Ahmad ani andang sudah mempunyai seorang isteri, ganya dalam part ani baru tah ku ada menyebut sedikit pasal bini si Ahmad ani. Dalam cerita part yang sebelum ani aku inda menerangkan keadaan lelaki tua atu berpakaian pasalnya aku inda di bagitau cemana keadaannya. 
Masa sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan ani si Ahmad di datangi lagi uleh lelaki tua dalam mimpinya ani masa atu ia datang bukan seorang tapi ada dua orang lagi ada bersamanya. Rasa kan menangis si Ahmad ani masanya menerangkan ceritanya ani arahku sebab meliat daripada keindahan makhluk yang dijadikan Allah S.W.T yang dilihatkan kepadanya.
Bercakap tah lelaki tua ani arah si Ahmad, “ Anaknda apa khabar?”
“Sihat, Alhamdulillah” jawab si Ahmad semasa dalam mimpinya ani, ia seolah-olah merasakan diantara mimpi dengan realiti.
“Kakanda apa khabar? Sampaikan salam arah kakanda.” Seorang perempuan muda terlalu lawa paras rupanya dan yang datang bersama lelaki tua atu tah yang betanya arah si Ahmad ani.
Apa? Anaknda? Kakanda? WOW... (Dilihatnya durang betiga ani memakai pakaian
yang hampir-hampir berwarna hijau muda. Warnanya diantara warna putih dengan warna hijau. Inda jua telalu ijau, inda jua telalu putih. Bayangkan tia warnanya a).
Tau tah si Ahmad ani maksud ‘kakanda’ yang sebut oleh perempuan ani iaitu bini si Ahmad.
“ Sihat ya jua, insyaAllah karang membagitau arahnya” jawab si Ahmad.
Seorang lagi yang datang bersama lelaki tua ani seorang lelaki muda yang sangat tampan. Inda ya berkata-kata masa atu hanya senyuman yang menawan diberikan arah si Ahmad ani. Lapas atu tebangun tia si Ahmad ani seolah-olah macam kana kajuti.
Selepas kejadian atu, si Ahmad ani damam keesokkanya.tapi dua tiga hari selepas atu ia kembali sihat. Menurut cerita si Ahmad ani apa yang dilihatnya masa atu durang betiga ani dalam keadaan bersih sebersih-bersihnya.. kalah ketani yang ada dimuka bumi ani.

Sebelum ku mengakhiri cerita ku ani, masih ada pertanyaan yang bemain di fikiranku. Adakah durang betiga ani antara urang yang menjadi penghuni di dalam istana yang dikatakan terdapat di atas Bukit Tempayan Pisang atu? Wallahualam. Terpulang kepada pembaca untuk menilainya tapi bukan ku memaksa untuk pembaca percaya. Ketani hanya hamba Allah yang sangat kerdil jika dibandingkan dengan makhluk yang Allah jadikan tetepi manusia adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakanNya. Apa yang berlaku mungkin ada hikmah yang tersurat dan tersirat

No comments:

Post a Comment