Friday 2 March 2012

8P TIPS UNTUK KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA


P yg pertama ialah PUJI = setiap pasangan perlu memjui antara satu sama lain dalam semua spek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila di beri pertolongan.

P yg kedua ialah PELUK yg mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sma lain sekerap mungkin pada setiap hari keran pelukan itu adalah belaian kasih sayang.

P ialah PENGHARGAAN di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

p  yg keempat ialah PERHATIAN yg mesti diambil berat kerana kekurangan erhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa di abaikan.

P yg kelima PERSEFAHAMAN  kerana sebagai manusia yang bekerjaya, memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing - masing.

P yg keenam membawa maksud PERGAULAN iaitu pasangan suami isteri mestilah menjaga pergaulan masing - masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulakn cemburu dan seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga

P ketujuh ialah PERCUTIAN dimana seseoarnag itu perlul merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh dari kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

P yg terakhir adalah PERMOHONAN iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri dan di jauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

                         - JGNLA  sesekali ada PENAMPAR di muka suami atau isteri kita-

Antara amalan doa yang boleh di amalkan selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri ialah surah Al-Imran  ayat 31atau ayat 200 ayat yg sama.

Ingatilah bahawa, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah . Apabila seseorang insan mengabaikan tanggunjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang  kosong.

Ketika jauh dari Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga.

No comments:

Post a Comment