Thursday 1 March 2012

Misteri Bukit Tempayan Pisang 5

Sejak kejadian atu berlaku inda lagi si Ahmad ani terjumpa dengan lelaki tua atu di alam nyata yang ketani jejaki pada masa ani. Berbulan-bulan lamanya selepas atu inda tah si Ahmad ani ingat kan pasal lelaki tua atu lagi. 
Belakang badan si Ahmad sejak kebelakangan ani malar sudah sakit-sakit. Inda dapat mengangakat barang-barang barat. Sekali ada satu malam atu si Ahmad ani berdoa dalam hati sebelumnya tidur.
Ahmad “ Ya Allah Ya Tuhanku, berikan lah aku petunjuk untuk mengubati rasa sakit belakangku ani”. Ku buatkan simple saja doanya ani pasal bagi pendapat ku inda semestinya doa ani semua sama, yang penting di hati ketani ikhlas dan redha memohon kepada Allah S.W.T kerana Allah atu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Ehe macam ceramah ta pulang. Untuk pengetahuan pembaca jua si Ahmad ani bukan inda pecayakan perubatan doctor ani tapi sudah dicubanya berubat, sekajap ganya ilang sakitnya belakangnya atu inda batah datang tia bebalik.
Tidur tah si Ahmad ani selepas ia bedoa dalam hati atu. Lalu bermimpi tah kedia ani, yang mana dalam mimpinya atu ia didatangi oleh lelaki tua yang pernah ia jumpai di alam nyata beberapa bulan yang lalu. Kini lelaki tua misteri atu datang lagi menjumpai si Ahmad tapi kali ani melalui mimpi.
Lelaki tua ani membagitau ada satu ayat yang terdapat di dalam Al-quraan yang buleh mengubati kesakitan yang dialami oleh si Ahmad. Apa ayat yang dibagi arah si Ahmad ani aku pun kurang pasti dari surah apa. Sudah kana bagitau atu, tebangun tarus si Ahmad ani, di ingatinya ayat yang kana bagi atu dan selajur tah ia mencari ayat atu di dalam Al-quraan. Di buatnya tah seperti apa yang disuruh oleh lelaki tua atu. Diambilnya minyak yang buleh digunakan untuk mengurut lalu dibacakannya dengan ayat atu sambil diurutkan arah belakangnya yang sakit atu.Sesudah diamalkannya inda lagi si Ahmad ani merasa sakit belakang.
Selepas berbulan-bulan terjadinya peristiwa atu, tibalah di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Biasanya bila disabut pasal sepuluh malam terakhir ani setentunya teingat ketani dengan malam lailatulqadr. Pada malam atu bermimpi tah lagi si Ahmad ani yang ia di datangi lelaki tua atu tapi kali ani bukan lelaki tua atu saja yang datang tapi tiga orang.
Siapa lagi dua orang yang datang bersama lelaki tua atu? Mengapa masa si Ahmad ani berdoa kepada Allah S.W.T,inda semana-mana datang lelaki tua ani menolong kedia? Siapakah bisdurang ani yang datang pada sepuluh malam terakhir Ramadhan? Adakah orang yang tinggal di atas Bukit Tempayan Pisang atu orang bunian?

No comments:

Post a Comment