Wednesday 7 March 2012

kifarah cinta


Cinta kepadanya menjadi tidak bererti..
Jika tidak melahirkan rasa takut pada Ilahi..
Biarkan cinta tetap bersemi..
Biarkan takwa selalu memberi erti..
Kerana sesungguhnya apa yg kita ingin kelak tetap boleh bersama sehingga meraih syurgaNya..

Seandainya rindu ini suci maka kuatkanlah...
Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah...
Seandainya luka ini berhikmah maka biarlah...
Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah...

Allah pinjamkan rasa sayang dlm jiwa..
Buat kita tebarkan dalam hamparan taqwa..
Barulah tenteram tasik hati tanpa gelora..
Pergilah sang rindu hinggap jangan melara..

Lontar jauh buncah rasa gulana..
Usah dekati pagar hati di sana..
Gemburkan iman terus membaja..
Buat berputik bunga agama..
Yang pernah bertapak sekian lama..
Namun kita bolosi dengan titik noda..

Dosa semalam belum terpadam..
Menyekat hati berlimpahan tenggelam..
Mungkin hadirnya masa kembali sedar..
Bermula dari titik yang sebenar..
Belum terlambat mencapai dayung..
Kemudilah dari hilir ke hulu..
Biar menongkah arus..
Masih ada peluang yg Dia berikan..
Utk sampai ke perhentian kasih..
Berpayungkan angin lembut syurga..
Bertemankan kasih langit Allah.

1 comment: