Sunday, 29 April 2012

GADIS SEKARANG


Di dunia MODEN hari ini…PILIHLAH untuk menjadi GADIS BIASA yang sederhana pada cara dan gaya..tanpa eye shadow dan pemerah pipi,tanpa wangian semerbak yang menarik perhatian..tanpa gemerincing loceng gelang kaki..tanpa tumit tinggi yang berdetuk-detuk,tanpa tudung singkat dan selendang jarang yang mendedah dada,tanpa pakaian menjolok mata....

SUSAH?Memanglah SUSAH..SEBAB jiwa muda, warna-warni menggamit mata..rasa ingin MENCUBA membara-bara..tapi harus SEDAR DIRI,tanpa semua itu pun..kamu sudah pun menjadi PERHATIAN..

Biar Hina dimata manusia...Asal Mulia dipandangan Pencipta

Memilih untuk menjadi hanya gadis biasa,biar tidak up to date, biar tidak bergaya..asalkan AGAMA penuh di dada.

Friday, 13 April 2012

Salam
Sila join ini untuk buat DUIT
Pendaftaran FREE sahaja…..
Tidak perlu bimbang…..
http://signup.wazzub.info/?lrRef=540efe1e

Thursday, 29 March 2012

Dia mmberi apa yg kta perlukn

Pernah suatu ketika ak mmbaca sbuah kisah"Aku mminta pd Allah stangkai bunga segar,Dia mmberiknku kaktus bduri. Ak minta kpd Allah haiwan kecil n cantik, Dia mmberiknku ulat bulu. ak sempat merasa kecewa. Betapa tidak adilnya dunia ini.


amun kmudian kaktus itu bbunga indah. Dan ulat pula brubah mnjadi kupu2 yg sgt cantik. Itulah Allah, Dia tidak mmberi apa yg kta inginkn, tetapi Dia mmberi apa yg kta perlukn.

Sunday, 18 March 2012

A notes to remember

Saya disini,keseorangan menempuh malam dingin dan indah. Mengintai ribuan umat berpusu-pusu ke arah yang dinamakan bandar. Saya disini, memerhati gelagat jutaan umat di tengah-tengah pusat ibu kota bergelak ketawa hingga bergegak gempita keadaan di sekeliling. Saya disini, mencium bau harum hubungan erat kekasih, keluarga serta teman akrab. Juga kadang-kadang ingin sama sekali menyelami jiwa-jiwa insan gelandangan serta kesepian di tepi-tepi kaki lima kota juga yang menyeret kaki menghala ke arah tanpa tujuan. Saya disini, masih berlegar diantara ruang-ruang manusia agar setiap kekosongan hati insan dapat diisi dengan sulaman asmara yang halus. Saya tetap disini, untuk bersama dengan setiap insan menghadapi hari demi hari tidak satu pun saya terlepas pandang.

Friday, 16 March 2012

karena ku sanggup..

Biarlah ku sentuhmu
Berikanku rasa itu
Pelukmu yang dulu
Pernah buatku


Ku tak bisa paksamu
‘tuk tinggal disisiku
Walau kau yang selalu sakiti
Aku dengan perbuatanmu
Namun sudah kau pergilah
Jangan kau sesali


Karena ku sanggup walau ku tak mau
Berdiri sendiri tanpamu
Ku mau kau tak usah ragu
Tinggalkan aku
Huuu.. kalau memang harus begitu


Tak yakin ku kan mampu
Hapus rasa sakitku
Ku ‘kan selalu perjuangkan cinta kita
Namun apa salahku
Hingga ku tak layak dapatkan kesungguhanmu


Tak perlu kau buatku mengerti
Tersenyumlah karena ku sanggup

Wednesday, 14 March 2012

Biarkan Allah sahaja yg menentukan nasibku

Sebuah pesawat yang membawa 4 org penumpang telah mengalami kerosakan enjin dan tinggal masa utk terhempas. Malangnya hanya ada 3 beg payung terjun sahaja di dalam pesawat tersebut.

Penumpang pertama berkata...

" Aku Mark Zuckerburg. Takde aku, takde Facebook. So biarkan aku hidup. " lalu mengambil beg pertama dan terus terjun.
Penumpang kedua muncul...
" Aku presiden Amerika Syarikat George W. Bush. Aku ada tanggungjawab untuk menjaga negara dan rakyat. Tambahan pula aku seorang presiden yang terpandai dalam sejarah Amerika. Aku juga bla bla bla... " 10minit berlalu, dia mengambil beg kedua dan terus terjun tanpa menoleh kebelakang.
Penumpang ketiga pula Osama Bin Laden berkata kepada penumpang keempat, seorang budak berumur 10 tahun.
Katanya :
" Aku seorang muslim dan biarkan Allah sahaja yg menentukan nasibku. Kamu ambillah beg payung terjun tersebut dan selamatkanlah diri kamu.
Lalu budak tersebut pun berkata...
" Jangan bimbang pakcik, ada satu lagi beg payung terjun untuk pak cik. Presiden yang kononnya terpandai dalam sejarah Amerika itu telah terambil beg sekolah saya "

Sunday, 11 March 2012

kecantikan seorang wanita


kecantikan seorang wanita
1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara
kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru
memperolehinya dengan berkhawin.
3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian
kemerdekaannya.
4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkhawin dan sebahagian yang
lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.
5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.
6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima
anda sebagai suami.
7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.
8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah
memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.
9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.
10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
11. Sebelum khawin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah khawin, dia hafal seluruh pertanyaan.
12. Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang
menyebabkan dia menangis.
15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.
16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.
17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.
18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkhawin.
19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.
20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.
22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan
suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.
23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan
harganya setiap bulan tanpa henti.
24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila
berhadapan dengan kecantikan.
25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.
26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang
suami.
27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkhawinan,
perempuan berbicara dan pengantin lelaki
mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga
mendengarkan.
28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata.
Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang
ketiga diarahkan kepada suami.
29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang
menjadi saingannya.
30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.
31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang
mencintainya

Saturday, 10 March 2012

FITRAH manusia


Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok
Untuk diluruskan oleh lelaki
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,
kerana nantinya mereka semakin liar.

Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan
kerana nantinya mereka akan semakin derita
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal
Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya,
tebalkanlah ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca,
kuatkanlah ia dengan iman…
Perasaan selembut sutera,
hiasilah ia dengan akhlak

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya…
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab…
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah… sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah…
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya. ..
Pasti tidak akan terhibur,
dan tidak akan menghiburkan. ..
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus…
Bahkan akan semakin membengkok.. .
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya…

Bila wanita menjadi derhaka…
pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara….
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata. ..
Tapi binalah kepimpinan.

Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi,
pimpinlah diri kepadanya…
Jinakkan diri kepada Allah…
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu.. .
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah..

Friday, 9 March 2012

PETUA UNTUK SEMARAKKAN CINTA

salam para sahabat yang di kasihi. Moga sentiasa mendapat petunjuk Allah swt. Pada Selasa 2 Ogos ni (esok) dari jam 7 hingga 9 pagi saya akan bersiaran langsung di Sinarfm bersama Kril, Kak Engku dan Abang Jam (I follow). Kami akan bincang tentang masalah dan cabaran dalam membentuk KASIH SAYANG dalam rumahtangga, semasa bertunang atau semasa bercinta. Jumpa di Sinarfm untuk dapat tip dan nasihat sambil berhibur. Terima kasih, wassalam


Wednesday, 7 March 2012

kifarah cinta


Cinta kepadanya menjadi tidak bererti..
Jika tidak melahirkan rasa takut pada Ilahi..
Biarkan cinta tetap bersemi..
Biarkan takwa selalu memberi erti..
Kerana sesungguhnya apa yg kita ingin kelak tetap boleh bersama sehingga meraih syurgaNya..

Seandainya rindu ini suci maka kuatkanlah...
Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah...
Seandainya luka ini berhikmah maka biarlah...
Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah...

Allah pinjamkan rasa sayang dlm jiwa..
Buat kita tebarkan dalam hamparan taqwa..
Barulah tenteram tasik hati tanpa gelora..
Pergilah sang rindu hinggap jangan melara..

Lontar jauh buncah rasa gulana..
Usah dekati pagar hati di sana..
Gemburkan iman terus membaja..
Buat berputik bunga agama..
Yang pernah bertapak sekian lama..
Namun kita bolosi dengan titik noda..

Dosa semalam belum terpadam..
Menyekat hati berlimpahan tenggelam..
Mungkin hadirnya masa kembali sedar..
Bermula dari titik yang sebenar..
Belum terlambat mencapai dayung..
Kemudilah dari hilir ke hulu..
Biar menongkah arus..
Masih ada peluang yg Dia berikan..
Utk sampai ke perhentian kasih..
Berpayungkan angin lembut syurga..
Bertemankan kasih langit Allah.

Monday, 5 March 2012

32 Perkara Tentang Israel




1. Tahukah anda bahawa selain bangsa yahudi, tidak dibenarkan membeli atau menyewa tanah di Israel? 

2. Tahukah anda bahawa setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar dari Palestin?

3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan yang dicat dengan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan bukan yahudi?

4. Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan sebahagian daripada Israel?

5. Tahukah anda bahawa Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk bangsa Yahudi dan membahagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya diberikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu?

6. Tahukah anda bahawa Amerika menyalurkan dana 5 billion US dari penghasilan hutangnya setiap tahunnya untuk menyumbang kepada Israel?

7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar 1,8 billion US setiap tahunn? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua-benua Afrika?

8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 billion US dari Amerika yang terdiri dari pesawat pejuang F16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan Negara gabungan utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.

9. Tahukah anda bahawa kerajaan Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lubnan dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pembangunan senjata nuklear? Dan menolak Pasukan Siasatan PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya?

11. Tahukah anda bahawa sebelum Israel wujud pada tahun 1948, mereka telah memiliki kilang pengembangan senjata nuklear?

12. Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Tentera mereka mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?

13. Tahukah anda bahawa Israel telah menyerang tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentara Amerika dan melukai 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan sebarang tindakan terhadap Israel? Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel tersalah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan Negara yang paling banyak mengabaikan resolusi negara PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan system politik pemeliharaan terhadap identiti rakyat yahudi agar tetap menjadi warga Negara itu?

16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai terkecuali dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang telah membunuh lebih dari 1000 orang Palestin terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua?

17. Tahukah anda bahawa pada tarikh 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para pekerja Palestin yang sedang menunggu bus di Halte untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarah setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?

18. Adakah anda tahu bahawa sehingga tahun 1988, semua kilang dan pejabat di Israel hanya boleh melampirkan keterangan pekerjaan dengan kata-kata: “pekerjaan hanya untuk bangsaYahudi”, ” pekerja hanya boleh dipilih dengan syarat dia berbangsa Yahudi”?

19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 jabatan media Amerika untuk menerbitkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?

20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak Parti radikal Molodeit untuk menjadi gabungan utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu beridealogi radikal dengan tujuan untuk membesihkan Israel dari luar kawasan yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?

21. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama, David Ben-Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh rakyat arab dari Israel?

22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti ketiga terbesar di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk membunuh warga Palestin?bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah rangkaian radio terbesar di Israel: “Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan azab yang pedih. Oleh itu dilarang semua bangsa yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak mereka dan senjatanya hendaklah dihalakan ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk “… …

23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin terbesar di dunia?

24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah yahudi?

25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agong Israel sudah mengeluarkan keputusan pelarangan penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan perisik Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?

26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi Negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor falsafah. Hal ini dilihat dari jumlah purata penduduknya.

27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang HAM antarabangsa yang diterbitkan pada tarikh 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? kerana dihalang dengan ditandatangani oleh perikatan OSLO?

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri mereka?

29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai Negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konvension Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin?

30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak dituruti lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi tentera Israel terus menyerang, menembak rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memilukan andalah pembunuhan tiga wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam khemah pelariannya?

31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan pebagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan Qubah As-Sakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah Negara rasisme dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum beliau memerintah?
Israel sememangnye jahat dan teruk

Saturday, 3 March 2012

SULUNG + BONGSU = PASANGAN BAHAGIA


pasangan yang ideal dan saling tertarik antara satu sama lain.
anak sulung mengajar perkara-perkara yang berkaitan dengan prinsip hidup. dan rancangan masa depan.
sementara anak bongsu membantu pasangan untuk lebih santai dalam menghadapi hidup.
sebaiknya ialah, isteri adalah anak sulung sementara suami bongsu. wanita yang lahir sebagai anak sulung, sifat keibuannya sangat tinggi. sementara lelaki bongsu pula sentiasa memerlukan kehangatan seorang ibu. dalam hal ini, mereka saling melengkapi. namun perlu diingatkan kebahagiakan dalam perkahwinan bukan "dilahirkan" tetapi "diciptakan".

saranan untuk pasangan ini :-
jangan sesekali membiarkan pasangan (bongsu) mengambil kesempatan ke atas anda. terutamanya jika pasangan anda lelaki.berusahalah agar dia sentiasa memahami bahawa perkara remeh temeh di rumah, bukan hanya tugas atau tanggungjawab wanita seorang.

Friday, 2 March 2012

8P TIPS UNTUK KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA


P yg pertama ialah PUJI = setiap pasangan perlu memjui antara satu sama lain dalam semua spek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila di beri pertolongan.

P yg kedua ialah PELUK yg mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sma lain sekerap mungkin pada setiap hari keran pelukan itu adalah belaian kasih sayang.

P ialah PENGHARGAAN di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

p  yg keempat ialah PERHATIAN yg mesti diambil berat kerana kekurangan erhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa di abaikan.

P yg kelima PERSEFAHAMAN  kerana sebagai manusia yang bekerjaya, memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing - masing.

P yg keenam membawa maksud PERGAULAN iaitu pasangan suami isteri mestilah menjaga pergaulan masing - masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulakn cemburu dan seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga

P ketujuh ialah PERCUTIAN dimana seseoarnag itu perlul merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh dari kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

P yg terakhir adalah PERMOHONAN iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri dan di jauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

                         - JGNLA  sesekali ada PENAMPAR di muka suami atau isteri kita-

Antara amalan doa yang boleh di amalkan selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri ialah surah Al-Imran  ayat 31atau ayat 200 ayat yg sama.

Ingatilah bahawa, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah . Apabila seseorang insan mengabaikan tanggunjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang  kosong.

Ketika jauh dari Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga.

Thursday, 1 March 2012

Misteri Bukit Tempayan Pisang final part

Si Ahmad ani andang sudah mempunyai seorang isteri, ganya dalam part ani baru tah ku ada menyebut sedikit pasal bini si Ahmad ani. Dalam cerita part yang sebelum ani aku inda menerangkan keadaan lelaki tua atu berpakaian pasalnya aku inda di bagitau cemana keadaannya. 
Masa sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan ani si Ahmad di datangi lagi uleh lelaki tua dalam mimpinya ani masa atu ia datang bukan seorang tapi ada dua orang lagi ada bersamanya. Rasa kan menangis si Ahmad ani masanya menerangkan ceritanya ani arahku sebab meliat daripada keindahan makhluk yang dijadikan Allah S.W.T yang dilihatkan kepadanya.
Bercakap tah lelaki tua ani arah si Ahmad, “ Anaknda apa khabar?”
“Sihat, Alhamdulillah” jawab si Ahmad semasa dalam mimpinya ani, ia seolah-olah merasakan diantara mimpi dengan realiti.
“Kakanda apa khabar? Sampaikan salam arah kakanda.” Seorang perempuan muda terlalu lawa paras rupanya dan yang datang bersama lelaki tua atu tah yang betanya arah si Ahmad ani.
Apa? Anaknda? Kakanda? WOW... (Dilihatnya durang betiga ani memakai pakaian
yang hampir-hampir berwarna hijau muda. Warnanya diantara warna putih dengan warna hijau. Inda jua telalu ijau, inda jua telalu putih. Bayangkan tia warnanya a).
Tau tah si Ahmad ani maksud ‘kakanda’ yang sebut oleh perempuan ani iaitu bini si Ahmad.
“ Sihat ya jua, insyaAllah karang membagitau arahnya” jawab si Ahmad.
Seorang lagi yang datang bersama lelaki tua ani seorang lelaki muda yang sangat tampan. Inda ya berkata-kata masa atu hanya senyuman yang menawan diberikan arah si Ahmad ani. Lapas atu tebangun tia si Ahmad ani seolah-olah macam kana kajuti.
Selepas kejadian atu, si Ahmad ani damam keesokkanya.tapi dua tiga hari selepas atu ia kembali sihat. Menurut cerita si Ahmad ani apa yang dilihatnya masa atu durang betiga ani dalam keadaan bersih sebersih-bersihnya.. kalah ketani yang ada dimuka bumi ani.

Sebelum ku mengakhiri cerita ku ani, masih ada pertanyaan yang bemain di fikiranku. Adakah durang betiga ani antara urang yang menjadi penghuni di dalam istana yang dikatakan terdapat di atas Bukit Tempayan Pisang atu? Wallahualam. Terpulang kepada pembaca untuk menilainya tapi bukan ku memaksa untuk pembaca percaya. Ketani hanya hamba Allah yang sangat kerdil jika dibandingkan dengan makhluk yang Allah jadikan tetepi manusia adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakanNya. Apa yang berlaku mungkin ada hikmah yang tersurat dan tersirat

Misteri Bukit Tempayan Pisang 5

Sejak kejadian atu berlaku inda lagi si Ahmad ani terjumpa dengan lelaki tua atu di alam nyata yang ketani jejaki pada masa ani. Berbulan-bulan lamanya selepas atu inda tah si Ahmad ani ingat kan pasal lelaki tua atu lagi. 
Belakang badan si Ahmad sejak kebelakangan ani malar sudah sakit-sakit. Inda dapat mengangakat barang-barang barat. Sekali ada satu malam atu si Ahmad ani berdoa dalam hati sebelumnya tidur.
Ahmad “ Ya Allah Ya Tuhanku, berikan lah aku petunjuk untuk mengubati rasa sakit belakangku ani”. Ku buatkan simple saja doanya ani pasal bagi pendapat ku inda semestinya doa ani semua sama, yang penting di hati ketani ikhlas dan redha memohon kepada Allah S.W.T kerana Allah atu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Ehe macam ceramah ta pulang. Untuk pengetahuan pembaca jua si Ahmad ani bukan inda pecayakan perubatan doctor ani tapi sudah dicubanya berubat, sekajap ganya ilang sakitnya belakangnya atu inda batah datang tia bebalik.
Tidur tah si Ahmad ani selepas ia bedoa dalam hati atu. Lalu bermimpi tah kedia ani, yang mana dalam mimpinya atu ia didatangi oleh lelaki tua yang pernah ia jumpai di alam nyata beberapa bulan yang lalu. Kini lelaki tua misteri atu datang lagi menjumpai si Ahmad tapi kali ani melalui mimpi.
Lelaki tua ani membagitau ada satu ayat yang terdapat di dalam Al-quraan yang buleh mengubati kesakitan yang dialami oleh si Ahmad. Apa ayat yang dibagi arah si Ahmad ani aku pun kurang pasti dari surah apa. Sudah kana bagitau atu, tebangun tarus si Ahmad ani, di ingatinya ayat yang kana bagi atu dan selajur tah ia mencari ayat atu di dalam Al-quraan. Di buatnya tah seperti apa yang disuruh oleh lelaki tua atu. Diambilnya minyak yang buleh digunakan untuk mengurut lalu dibacakannya dengan ayat atu sambil diurutkan arah belakangnya yang sakit atu.Sesudah diamalkannya inda lagi si Ahmad ani merasa sakit belakang.
Selepas berbulan-bulan terjadinya peristiwa atu, tibalah di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Biasanya bila disabut pasal sepuluh malam terakhir ani setentunya teingat ketani dengan malam lailatulqadr. Pada malam atu bermimpi tah lagi si Ahmad ani yang ia di datangi lelaki tua atu tapi kali ani bukan lelaki tua atu saja yang datang tapi tiga orang.
Siapa lagi dua orang yang datang bersama lelaki tua atu? Mengapa masa si Ahmad ani berdoa kepada Allah S.W.T,inda semana-mana datang lelaki tua ani menolong kedia? Siapakah bisdurang ani yang datang pada sepuluh malam terakhir Ramadhan? Adakah orang yang tinggal di atas Bukit Tempayan Pisang atu orang bunian?

Misteri Bukit Tempayan Pisang 4

Tiap-tiap hari inda kira pagi ataupun petang, bila saja ku bangun pagi siap dengan tarus duduk di katil, lapas atu stretch segala tangan dan kaki supaya fresh rasa badan inda lagi mengantuk. Berdiri tah ku menuju ke tingkap lalu membuka tabir dan terasa silau dimataku sebab cahaya matahari memancar masuk menerangi seluruh ruang bilikku. Tetepi disebalik pancaran cahaya matahari atu aku akan nampak pemandangan Bukit Tempayan Pisang dengan jelas. Sama jua kalau waktu petang, bila saja aku kan menutup tabir pasti aku akan terlihat bukit atu. Kadang-kadang timbul jua pertanyaan dalam hati, apa sebenarnya ada di bukit atu? Siapa yang berpenghuni disana?
Cerita kali ani bukan pulang mengisahkan tentang apa yang ada di Bukit Tempayan Pisang tapi pasal siapa yang berpenghuni disana. Kay ceritanya cemani, kan ketani tau sudah yang di atas bukit atu ada sebuah istana tapi inda dapat ketani lihat dengan mata zatir ketani. Seperti mana yang ku pernah tedangar kawasan rumah kami ani adalah pelintasan ataupun laluan penghuni-penghuni di atas atu. Bukan pulang maksud ku rumah kami ganya jadi laluan penghuni atu tapi tekandung tah jua rumah-rumah yang berhampiran ani.
Sekali adatah seorang hamba Allah ani, orang kampong ani pulang jua masih dan bisaitah ku bagi nama sebagai Ahmad. Si Ahmad ani buleh dikatakan ada masaalah sakit-sakit belakang pasal telampau banyak membuat keraja berat-berat darinya masih lagi bujang. Jadi kesannya barutah nampak setelah ia sudah berumur.
Ada satu hari atu si Ahmad ani baru jua ya siap menukar minyak M (m-oil) keritanya. Kan minyak yang bekas ditukarnya atu itam jua tu warnanya kalau tertumpah minyak atu ianya akan meninggalkan kesan yang kotor dan payah kan mengilangkan. Jadi dibuangnya tah minyak atu dibelakang rumahnya. Ditumpahkannya minyak atu sedikit-sedikit di satu sudut pagar rumahnya. Tujuannya membuang cematu pasal ia kan membunuh rumput-rumput yang menjalar naik ke pagarnya atu.
Tiba-tiba terasa bahunya ani kana pigang. Ditolehnya tah kebelakang kan meliat siapa yang memigang bahunya ani. Tekajut si Ahmad ani apabila dilihatnya ada seorang tua berdiri dibelakangnya. Orang tua atu becakap dengan sopan tapi nampak tegas kearah si Ahmad, “jangan dibuang disana, kamah tia perigi atu”.
Si Ahmad ani diam-diam tah ganya, inda ya berani becakap apa-apa lagipun dalam hatinya ia tertanya-tanya siapa orang tua atu. Ia pun akur tah jua inda ya jadi membuang minyak atu disana.
Siapa tah lelaki tua yang menagur si Ahmad atu? Perigi? Perigi apa yang dimaksudkanya atu,inda jua pernah ada perigi selama si Ahmad tinggal di rumah atu. Adakah lelaki tua atu penghuni dari bukit tersebut?
Jadi pengalaman yang dialami si Ahmad bejumpa orang tua ani bukan sekali atu saja tapi ada lagi.

Misteri Bukit Tempayan Pisang 3

Kejadian seterusnya yang akan ku ceritakan ani bukan pasal istana ataupun pasal tujuh puteri yang ada pada Bukit Tempayan Pisang atu. Kisah ani terjadi kepada dua orang kawanku iaitu si Man dan si Azmi. 
Sebelum atu biar tah ku terangkan dulu pasal Bukit Tempayan Pisang. Beberapa tahun dulu ramai orang yang pernah sampai ke puncak bukit atu. Inda kira lah ada yang secara individu ataupun berkumpulan yang naik keatas puncak bukit atu. Kadang-kadang ada jua trip dari penuntut sekolah naik keatas. Ada yang bertujuan kan hiking, kan meliat pemandangan dan ada jua yang berniat kan mencari sesuatu diatas bukit atu. Tapi pada masa ani jarang lagi ada kedengaran orang naik ke atas bukit atu, samak kali sudah laluan yang biasa orang lalui untuk naik ke atas atu. Dalam banyak orang yang pernah naik ke bukit atu ada kisah disebaliknya.
Bebalik semula pada cerita yang dialami si Man sama si Azmi ani. Bisdurang bedua ani inda terkecuali tah jua diantara orang yang menginginkan naik puncak bukit atu. Si Man sama si Azmi ani mrerancang kan naik ke bukit atu waktu petang. Dengan menggunakan basikal sahaja sudah cukup bisdurang memulakan perjalanan dari rumah menuju ke bukit.
Sampai saja si Man sama si Azmi disana, durang letakkan basikal arah samak supaya inda kana curi. Mula lah perjalanan menaiki bukit ani. Bersusah-payah durang menaiki dan kira-kira pertengahan bukit atu durang naiki, adatah durang tejumpa laki-laki tua menuruni bukit atu perlahan. Dalam ati si Man barangkali orang tua atu payah kn menuruni bukit atu pasal atu pelahan. Inda tah durang ani peduli di teruskan tah jua kan naik sampai ke puncak. Baru jua beberapa langkah durang meneruskan naik tiba-tiba si Azmi menggamit si Man ani pasal si Azmi berada di belakangnya. Menoleh tah si Man ani ke belakang. Subhanallah!!! Sampai tia sudah dibawah orang tua atu. Macam mana buleh sekajap ganya ia sampai dibawah atu? Capat jua ya turun, tadi jua ia kial-kial? Siapa orang tua atu?
Inda tah jadi durang ani meneruskan naik, balik tah saja durang sebelum terjadi apa-apa.

Misteri Bukit Tempayan Pisang 2

Cerita ani terjadi kira-kira dalam dua puluh tujuh tahun yang lalu. Sebab apa cerita ani berlaku batah sudah ialah kerana masa atu penduduk perumahan disini baru saja di pindahkan kemari. Masa atu balum ada pokok-pokok yang basar nampak jua rumah jiran alat lima ke enam buah rumah, bayangkan saja perumahan yang baru siap masa ani. Jadi pemandangan kampong masa atu masih luas, kalau dillihat dari jauh nampak banyak rumah dan berlatar belakangkan sebuah bukit yang dinamakan Bukit Tempayan Pisang.
Kejadian ani terjadi kepada salah seorang jiranku Didi(bns). Masa atu peumurannya dalam 16 tahun. Ada satu petang atu si Didi ani menolong mamanya membersihkan halaman rumah bisdurang ani. Abis segala rumput di mesinnya, bawah rumah di siramnya tautah baru-baru pindah rumah ani mesti tah jua dibersihkan.
Waktu atu hari pun sudah semakin senja, mamanya mengarahkan si Didi ani beranti membersihkan halaman rumah esuk tah lagi menyambung. Si Didi ani pun paham jua ya kan arahan mamanya ani pasal hari sudah semakin senja. Disebabkan kengalihan bekerja membersihkan tadi, si Didi ani berehat tah ya dulu duduk di tangga rumahnya ani.
Entah semana-mana terlelap ya sekajap di tangga atu, barangkali pasal kengalihan tambah tah lagi duduk di tangga angin sepoi-sepoi, iatah membagi tetidur atu kali. Setelah si Didi sedar dari tidurnya ia merasa macam ada sesuatu mengajutkan kedia. Dibukanya saja matanya tertoleh ya keatas dan dilihatnya ada sebuah bahtera yang sangat basar terapung melintasi diatas rumah orang-orang disini. Bahtera atu dilihatnya seolah-olah turun daripada Bukit Tempayan Pisang pasalnya rumah si Didi ani menghadap bukit atu dan bahtera atu menuju kelaut. Untuk pengetahuan, kedudukan kampong ani inda jauh dari laut. Jadi si Didi ani kehairanan dengan apa yang dilihatnya ani. Menurut dari apa yang diceritakan, si Didi ani sampat meliat diatas bahtera atu ada tujuh orang bini-bini yang lawa melambaikan tangan arahnya. Barangkali iatah tujuh urang puteri atu,nada siapa yang tahu. Lepas atu si Didi ani memanggilnya mamanya kedalam sekajap kan membagitau apa yang dilihatnya sekali sudah ya keluar semula di lihatnya inda lagi ada bahtera atu.
Sesudah ia meliat kejadian atu si didi damam pada keesokkan harinya mau jua dalam dua minggu ia damam atu. Sejak dari atu nada lagi si Didi ataupun orang-orang di kampong ani terlihat atau mendengar apa-apa cerita pasal bahtera atu. 

Saturday, 25 February 2012

Toyol

Terdapat tips yang menyatakan sekiranya ingin mengelak TOYOL mencuri duit letakkan sejenis permainan (??? ada sesiapa yang tahu, mungkin sekali ketam), berhampiran dengan wang yang disimpan, toyol akan asyik bermain sehinggakan terlupa mengambil wang. kacang hijau yang diletakkan kedalam kantung juga dikatakan boleh melalaikan toyol. Selain itu, ikan puyu yang dipelihara di dalam akuarium mampu dapat melalaikan toyol dan toyol akan tidak akan berhasrat mengambil wang dari mangsanya. Toyol juga tidak akan mencuri keseluruhan jumlah wang, tetapi sekadar mengambil sebahagian daripada wang yang tersimpan. Mungkin Kerana kata orang tua-tua yang mengatakan bahawa "budak-budak jangan pegang duit banyak banyak". Jadi KJM nasihatkan duit banyak simpan dalam Bank..

Friday, 24 February 2012

Cerita Seram Bukit Tempayan Pisang 1

Kisah yang bakal ku ceritakan ani masih menjadi tanda tanya dari dulu hingga sekarang kepada semua orang yang pernah mengalaminya, kepada penduduk kampong, mungkin jua kepada pembaca cerita ani dan kepada yang ingin mengetahui misteri tentang Bukit Tempayan Pisang…
Bukit ani terletak berdekatan dengan kampungku. Mungkin ada diantara pembaca tahu dimana letaknya bukit ani. Banyak sebenarnya perkara yang terjadi pasal Bukit Tempayan Pisang ani, tapi satu kejadian saja dulu ku ceritakan. 

Kejadian ani masih baru terjadi, kira-kira dalam bulan syawal tahun ani. Masa atu aku, bapa, mama dan abangku Andy(bns) baru saja selesai makan malam. Sudah abis bepanyap-panyap segala piring, cawan apa semua, duduk kami semula arah meja makan, abangku ani inda semana-mana bertanya arah bapaku. “Pa, arah bukit tempayan pisang atu ada istana kah?” nya abangku.
Bapa “Wallahuallam, inda ku berapa pasti tapi banyak pulang orang bercerita, ada yang pernah terliat jua,basar istana atu, kenapa kan kau betanya ani?”.
Andy “ Ada dua orang kawanku tampatku keraja pernah mencuba naik arah bukit atu kan cuba masuk kedalam istana a”.
Untuk pengetahuan, istana yang ku maksudkan ani bukanlah dari alam yang boleh dilihat dengan mata kasar. Hanya orang yang mempunyai ilmu kebatinan saja yang dapat melihatnya. 
Andy “ kawanku ani membagi tau dikawasan istana atu ada banyak pengawal yang menjaga istana atu. Pengawal atu mukanya garang, badannya buntak-buntak pulang tapi bemuscle” 
Andy “ iatah kawanku dua orang ani minta izin kan memasuki istana atu, tapi kana larang oleh pengawal ani, macam-macam cara sudah durang kan memasuki istana atu tapi kana larang, kana tulak, kana terajang uleh pengawal apa masih jua durang inda kana benarkan masuk. Tujuan kawanku ani sebenarnya kan mau tahu apa sebenarnya ada di dalam istana atu”
Mama “ Eh berani jua ya naik kesana, start dari awal orang pindah ke kampong ani macam-macam yang tejadi ada yang teliat kapal basar, ada yang teliat 7orang puteri, ada yang tejumpa keris, cucuk sanggul lama banyak lagi lah sampai esuk pun inda abis becerita”.
(Rumah-rumah di kampong ani sebenarnya bukanlah rumah lama banar pasalnya kampong ani jenis perumahan ganya sekarang ani kampong ani inda lagi nampak usul perumahan disebabkan oleh pokok yang sudah basar dan kebanyakan rumah disini sudah bertambah). Bebalik semula pasal abangku yang bercerita ani aku masa atu mendangar ganya ia becerita sama bapa mama. Inda semana-mana kami rasa bulu roma ani naik sendirinya masa atu, inda tau pasal apa. Kata orang kalau naik bulu roma ada tah tu ya ampir dengan kitani. Beranti tah kami bercerita pasal istana yang ada di Bukit Tempayan Pisang atu.
Kira-kira hampir tengah malam abangku ani besigup tia seorangnya di beranda depan rumah. Aku masih meliat tv masa atu. Semasa abangku ani besigup diluar di liatnya bulan ani panuh, apa kata orang ‘bulan mengembang’, naik tah lagi sekali bulu romanya ani, lain udah rasanya branti tah ya besigup, masuk tia kedalam.

Sudah atu esok harinya mama ani menghadiri majlis perkahwinan di kampong ani, walaupun masa atu masih lagi bulan syawal, ada sudah orang mengadakan majlis perkahwinan. Banyak lah jua orang kampong ani kana jemput ke majlis atu, mama pun duduk bersebelahan dengan salah seorang penduduk kampong ani, andang mama ani biasa jua dengan yang duduk disebelahnya ani namanya Timah(bns). Si Timah ani boleh dikatakan mudah nampak makhluk yang ketani inda nampak secara kasar dan kedia jua boleh berkomunikasi dengan makhluk tersebut. Becerita tah si Timah ani arah mama, “ Dimalam bah anakku dua orang kesarungan. Sorang anakku yang bini-bini, sorang lagi anakku laki-laki yang bungsu kana sarungi. Masa anakku yang bini-bini ani kesarungan, anakku ani menari tia pulang, menari gaya tarian urang lama, tarian tradisi. Anakku yang laki-laki besilat.”
Mama “ Adyh mengapa tia kesarungan kedua-dua atu?”
Timah “ Dimalam orang di bukit atu turun ya keluar mencari orang, ada dicarinya”.
Mama “ Siapa yang turun? Siapa dicarinya?”
Timah “Yang orang di bukit atu turun dimalam, durang ada tedangar ada dua orang kan cuba memasuki istana atu, marah bisdurang. Iatah banyak pengawal turun mencari sekeliling kampong ani. Badan pengawal atu buntak-buntak ya”.
BOWH!!!
Mama “sekali apatah anakmu?”
Timah “ anak ku yang bini-bini atu kana sarungi uleh puteri bungsu. Di bukit atu ada istana sebenarnya, ada tujuh orang puteri di atas atu tapi yang menyarungi ani puteri yang bungsu. Masa ani pulih ya sudah kana tawari dah dimalam yang laki-laki pun jua pulih sudah”
BOWH!!! Yang menjadi pertanyaan arah kami sekeluarga, macam mana cerita ani buleh sama? Apa yang kami bualkan malam atu ngam dan ada kaitan dengan kejadian yang diceritakan oleh si Timah arah mamaku. Kenapa bulu roma kami tiba-tiba naik masa kami berbual malam atu? Semasa abangku besigup diluar,mangapa ia merasakan sesuatu yang aneh? Adakah ianya benar wujud? Dan kenapa abangku tegarak hatinya membongkar topic perbualan pasal istana yang ada di Bukit Tempayan Pisang atu? Wallahuallam.

Thursday, 23 February 2012

5 Sebab Kenapa Anda Tidak Bermotivasi Walau Sudah Berkali-kali Membaca Artikel Motivasi

Anda sudah berkali-kali membaca artikel motivasi tapi masih tidak ada apa-apa kesan pada diri Anda. Anda tak rasa apa-apa. Anda tidak terinspirasi pun. Anda tidak ada motivasi. Anda rasa macam Anda buang masa.
Kenapa semua tu terjadi?
1. Sebab Anda NEGATIF orangnya.
Anda tidak bermotivasi walau sudah berkali-kali membaca artikel motivasi sebab Anda negatif. Anda bukan orang berfikiran positif. Anda bukan mencari inspirasi, tetapi mencari salah yang terdapat dalam artikel motivasi yang Anda baca.
2. Sebab Anda MENYAMPAH melihat orang lain.
Orang yang tidak memaafkan orang lain dan tidak pernah wujud rasa kagum pada pencapaian tinggi orang lain seringkali akan rasa menyampah tiap kali terpandang sesiapun jua di sekelilingnya.
3. Dalam hati Anda ada dendam terpendam.
Anda memendam rasa tidak puas hati. Anda tidak memaafkan orang yang berbuat salah pada Anda. Anda mahu orang tu melutut di hadapan Anda. Anda tak puas hati selagi dia tidak meminta maaf pada Anda. Marah yang terpendam berubah menjadi dendam seiring dengan berubahnya perjalanan masa. Bila sudah ada dendam terpendam, Anda susah untuk merasa bermotivasi.
4. Anda selalu memaki-maki dan Anda selalu mengucap perkataan buruk.
Bila bergurau, Anda selalu menggunakan perkataan-perkataan yang kurang baik seperti ‘sial’, ‘babi’ atau ‘kepala hotak’. Walaupun Anda sudah biasa melontarkan perkataan sedemikian dan Anda sudah terbiasa melakukannya, ketahuilah kesannya pada diri Anda amat buruk sekali. Anda susah untuk merasa bermotivasi bahkan cepat merasa tertekan.
5. Anda tidak respek orang lain, bahkan selalu mempersenda dan merendah-rendah.
Hati Anda melambangkan sikap Anda. Sikap Anda melambangkan cemana rupanya hati Anda. Hati orang bermotivasi adalah hati yang selalu menunduk. Semakin berisi, semakin menunjuk, ibarat padi. Anda tidak bermotivasi kerana Anda tidak respek pada orang lain (walau siapapun dia), Anda tidak kagum pada orang lain (walau apa jua pencapaiannya), Anda merendah-rendahkan orang dan mempersenda kekurangan orang lain. Anda merasa ia cuma gurauan, tapi sebenarnya sikap sedemikian melatih Anda menjadi insan negatif.
Dari segi logik akal, jika Anda orang yang tercari-cari inspirasi lalu terdorong untuk membaca artikel motivasi, biasanya Anda akan merasa bersemangat selepas selesai membaca artikel motivasi tersebut.
Tetapi, jika Anda sedang mencari-cari inspirasi tetapi Anda tidak merasa bersemangat, Anda sesuatu yang tak kena pada hati Anda.
Mungkin, hati Anda ada kekotoran tersembunyi.
Mungkin, matlamat kejayaan Anda kabur.
Mungkin, Anda tidak tahu kejayaan cemana yang Anda mahu capai dalam hidup.